Tengku Sarah
blogviews
Meet me!
Kamsamida^^


FacebookTwitterInstagram
Admin!
Anneyong^^


 photo 6fb96f8f-514c-4f82-a9b4-8d23706600c2_zps730761df.jpg
*TENGKU SARAH A'AISHAH TENGKU IBRAHIM
*23 September
*Kubang Kerian, Kelantan Malaysia
*Easy Going and outgoing person
Bloggers!
Saranghaeyo^^


Chatters!
Hye



Background^^!
Sila pilih

Background #1 Background #2 Background #3
Template By : Rana
Basecode : Ayesha
Help : C U T E
Owner & RE-edit : Tengku Sarah
TIPS ke Ho Chi Minh City, VIETNAM
Wednesday, February 26, 2014 | 2/26/2014 05:00:00 PM |

Assalamualaikum!

Salam sejahtera bloggers. Fuhh memang lama sudah tinggalkan blog ni, sangat- sangat busy ditambah pula sekarang aku tengah praktikal kat travel agency ni haa.. Lagi la tak menyempat nak update blog. Dulu dan juga sekarang, aku suka skodeng blog2 orang lain yang pergi travel. Banyak sangat info berguna bila terjah blog orang lain ni.

Entry kali ni nak cerita pasal Saigon city. Saigon? Apa tu? Haa, for those readers yang tak tahu ape tu Saigon, meh meh nak cerita. Saigon ni nama lama bagi Ho Chi Minh City, Vietnam. Sape dah pegi angkat kaki? ngehehehe aku dah pergi haritu. Alhamdulillah. Pergi dengan coursemates uni aku, lebih kurang dalam 35 orang termasuk lecturer. Pengalaman yang sangat menarik sepanjang berada disana. Taknak cerita panjang- panjang.. kita bagi tengok gambar kayh, bagi teruja sikit kepada sesiapa yang nak pegi tu. :D

TETAPI, NANTI DULU!!
kita bagi tips dulu k. hehe

Duit
 Pastikan anda bawa duit cukup atau memang lebih untuk ke Saigon city ni. Bukan apa, macam aku cakap masa bagi tips untuk ke Bandung tu, sebelum pergi ni memang la rasa dah cukup bawa ratus tu.. Tapi bagi yang shopaholic, ratus tu rasa macam air je. Serius, better korang yang nak pergi tu bawa banyak sikit.. Bukan kata suruh bawak beribu, uih melampau tapi bagi yang nak balik meniaga tu tak kisah la kayh.

Bawak lebih sikit. Kat sana baju, kain cotton, silk sangat murah. Even baju kurung cotton siap pun dalam range rm 25 ke atas je. Aku dah beli. Selesa sangat. hehe

Hotel
Pilih hotel yang murah.. pegi sana nak shopping kan, so pilih hotel yang murah- murah aje. Range dalam 20- 30 USD /night dah murah tu. Aku rekomen kan korang pilih hotel berdekatan dengan pusat bandar.. Bukan apa, if korang sewa transport pun sampai petang je kan. So, takkan malam tu nak terperap kat bilik je. If stay berdekatan pusat bandar, boleh jugak jalan kaki  g benthan market ke, pasar malam ke.

Alkisah nak dijadikan cerita, masa aku pergi haritu (bulan 12/2013) aku stay hotel dekat bandar jugak. So, pagi sampai petang kitorang guna khidmat tour guide. Malam tu jalan kaki je pegi pasar malam, lebih kurang dalam 10mins gitu. Aku jalan berdua je dengan member sebab yang lain sibuk nak shopping lagi. Kitorang dengan berlagaknya nak balik dulu ke hotel ni. Jalan punya jalan rupanya sesat. hahaha hampir sejam kami tawaf sekitar bandar, sampai khatam dah. (hebat tak). Panik tu ada lah..sikit je..dengan alamat hotel lupa nak ambik, Last2 jumpa jugak hotel. Pengajaran disini untuk aku (jangan berlagak) hohoho. Balik hotel sakit kaki. Pengalaman betul. Tapi, jalan kaki pun tak takut sangat sebab malam memang ramai sangat orang tambah2 hari minggu. Moto tak payah cakap, boleh berdesing telinga korang.

Travel LIST
List ni penting ye uolls. Sebelum pergi travel mane- mane, adalah sangat digalakkan untuk anda tahu sedikit info tentang negara yang anda ingin lawati. Please please, spare la sikit masa untuk gugle2 blog orang lain. Bukan ape, jangan nanti terkapai- kapai nak pegi mane. Kat Saigon ni tempat paling famous ialah Benthan market, Saigon post office, Independence palace, Mekong river. Orang cakap kalau tak pergi MEKONG RIVER dan CHU CHI TUNNELS ni memang tak sah. Best tempat ni, tapi if korang nak pergi for the first time better guna khidmat tour guide okayh, takut nanti terkapai2. Selain itu, kalau ada masa lagi pergi la war remnants museum. Aku tak sempat pegi museum tu.SObs.

Sekian saje tips buat sementara waktu ni. Ada idea lagi nanti aku tambah kayh. Next, akan ku blogging pasal Saigon ni.

Tungggguuuuu. hehe adiosss







 photo 6f80631b3e854accd1ec2b89006d6148_zpsbc75d54a.png Terima kasih. Adiossss