blogviews
Assalamualaikum!!
Nampak tak entry tu bertajukkan sambal lagi? HEHE aku peminat tegar sambal yang mak aku buat. Walaupun simple tapi sangat sedap sampai terbawak-bawak dalam mimpi.
Betul lah kata orang kan "masakan mak paling sedap didunia dan tiada tandingan". Aku kasi berbintang-bintang kesedapan masakan mak aku. ^^
Entry lepas aku dah share kat korang cara-cara nak buat sambal pauh-udang versi kelate kannn. So dah try ke belum? Hope korang dah try ek. Sebab sekarang aku nak share sambal pauh ikan kering feveret mak aku. Aku feveret yang udang tu.wuwuwuwu
BAHAN- BAHAN
- 2 biji pauh/ mangga (dikupas dan dihiris kecil-kecil)
- 3/4 ekor Ikan kering (terpulang jenis ikan kering mana, kalau ikan kering agak besar hanya guna seekor sahaja)
- Lada burung
- Goreng ikan kering sehingga garing dan masak.
- Tumbuk lada sehingga sebati diikuti dengan buah pauh.. Tumbuk dan tumbuk ye.
- Dah nampak bahan-bahan yang korang tumbuk tu dah mix dah, masukkan ikan kering yang telah digoreng tadi. Yang ni terpulang pada korang tau sama ada nak ambik isi ikan tersebut satu-satu ke atau potong terus ikan terus dan tumbuk sekali dengan tulang temulangnya
- Normally,ikan kering kan susah nak buang tulang-tulang tu,lagi better kalau korang guna ikan kering yang tulang tak bersepah (aku lupa nama ikan kering tu,pandai-pandai cari ye)
- Tumbuk kesemua bahan dengan menggunakan lesung batu ye. Jangan blender pulak. Kang jadi bubur sambal pulak.
SELAMAT MENCUBA UOLLS