Tengku Sarah
blogviews
Meet me!
Kamsamida^^


FacebookTwitterInstagram
Admin!
Anneyong^^


 photo 6fb96f8f-514c-4f82-a9b4-8d23706600c2_zps730761df.jpg
*TENGKU SARAH A'AISHAH TENGKU IBRAHIM
*23 September
*Kubang Kerian, Kelantan Malaysia
*Easy Going and outgoing person
Bloggers!
Saranghaeyo^^


Chatters!
Hye



Background^^!
Sila pilih

Background #1 Background #2 Background #3
Template By : Rana
Basecode : Ayesha
Help : C U T E
Owner & RE-edit : Tengku Sarah
Sambal pauh-udang KELATE
Friday, March 14, 2014 | 3/14/2014 12:00:00 AM |

Assalamualaikum!!

Haa, resipi yang aku nak share kat korang ni adalah ORIGINAL RECIPE from my MOM. Tak tahulah kan resipi daripada orang lain..Yang pasti sambal pauh-udang ni sangat simple penyediaanya dan paling penting SEDAP!

Cuba korang try buat, serius!! Aku makan sambal ni je tanpa lauk lain..menaikkan selera..masam,manis,masin,pedas semua ada lah dalam sambal ni. JOM TRY!!

BAHAN- BAHAN (2-3 orang)

  • 2 biji buah pauh/mangga (yang kecik tu tau, dikupas dan dihiris kecil-kecil)
  • segenggam udang (tak kisah yang kecil /besar)
  • sebiji Lada hijau (hiris kecil-kecil)
  • 2 biji lada burung (hiris kecil-kecil)
  • secubit garam
  • 1/3 cubit ajinomoto (tak nak guna pun takpe^^)
  • satu sudu kecil gula 
 CARA- CARA MEMBUAT

SEDIAKAN UDANG REBUS
  • First sekali korang kena basuh udang tu sampai bersih, kemudian rebus. Takat air yang dimasukkan lebih kurang separuh tenggelam ye udang-udang kalian..agak2 je..Jangan penuh sangat k.
  • Oleh kerana sambal tu nanti korang akan letak garam, maka udang ini hanya direbus macam tu sahaja, CUMA masukkan sedikit gula ye..satu sudu kecil 
  • Rebus, dan biarkan seketika sampai udang tu masak.
  • Bila dah masak..keluarkan udang tersebut dan buang kepalanya, Kulit udang tu,kalau korang guna udang kecil maka tak payah la susah-susah kupas ye. Bagi yang menggunakan udang besar, lebih molek jika anda kupas,takut nanti tercekik. HEHE
  • Selesai kupas, ambil mangkuk dan masukkan isi udang beserta air rebusan udang tadi. (air rebusan untuk sedapkan lagi isi udang)
PENYEDIAAN SAMBAL

  • Masukkan lada hijau, lada burung, garam dan ajinomoto ke dalam lesung batu, tumbuk sehingga sebati ye.
  • Kemudian, masukkan buah pauh, tumbuk sehingga sebati diikuti dengan udang yang korang telah rebus tadi (sejat air rebusan dan ambil isi udang sahaja)
Tumbuk kesemuanya sehingga sebati. Cuba try dan test sedap ke tak! HEHE

Lepas tu, dah boleh hidang..Makan lah bersama dengan family tersayang. SELAMAT MENCUBA!!^^
-




 photo 6f80631b3e854accd1ec2b89006d6148_zpsbc75d54a.png Terima kasih. Adiossss